Selasa, 24 November 2009

KEINDAHAN TAMAN

PENYENGGARAAN TANAMAN/TUMBUHAN LANDSKAP

1. Penyiraman
Penyiraman dilakukan sebaik kerja penanaman selesai. Air siraman hendaklah mengenai pikok dan tanah dan terserap dalam tanah sedalam 13 - 15cm. Umumnya penyiraman dilakukan 2 kali sehari untuk pokok dalam bekas iaitu pada awal pagi dan petang. Apabila pokok telah dewasa kadar penyiraman bolehlah dikurangkan atau dihentikan.

2. Merumpai
Aktiviti ini perlu dilakukan dari masa ke semasa. Merumpai menjadikan kawasan landskap kelihatan kemas, teratur dan tumbuhan/pokok landskap dijauhi daripada serangan penyakit. Merumpai boleh dilakukan dengan tangan atau menggunakan peralatan khas.

3. Pembajaan
Pembajaan yang seimbang dan betul menghasilkan tumbuhan landskap yang sihat dan subur. Tentukan tujuan membaja sama ada untuk pembungaan, buah atau daun. Baja tinggi nitrigen untuk daun cantik manakala baja tinggi fosfat dan potash untuk bunga dan buah. Pembajaan hendaklah mengikut masa yang telah dijadualkan (berkala).

4. Pemotongan Rumput
Rumput dipotong mengikut jadual yang telah ditetapkan (Contoh: dua kali sebulan atau sekali sebulan). Pada musim hujan pemotongan lebih kerap dilakukan. Pada musim kering, kekerapan pemotongan boleh dikurangkan. Rumput dipotong pada paras yang dikehendaki tanpa merosakkan pertumbuhannya. Rumput yang telah dipotong hendaklah disapu dan dibersihkan untuk mengelakkan pertumbuhan yang tidak sama rata.

5. Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh tidak teratur, dan dahan-dahan yang telah rosak. Ia bertujuan: membentuk pokok, membuang dahan mati, merangsang pertumbuhan tunas, meninggikan nilai estetika, dan memberi keseimbangan kepada pokok supaya tidak rebah. Ada tiga jenis pemangkasan iaitu pemangkasan membentuk, pemangkasan kelaziman, dan pemangkasan memperbaiki.

6. Penyenggaraan Lain
Penyenggaraan lain boleh dilakukan mengikut keadaan agar kawasan landskap terus menarik, cantik, dan bersih. Antara kerja-kerja/aktiviti-aktiviti itu ialah menyulam tumbuhan landskap yang mati, menyapu daun-daun kering yang berguguran, memungut sampah, membersihkan longkang, dan lain-lain

RAHSIA LANDSKAP/TAMAN YANG BERJAYA

Rahsia Landskap/Taman yang Berjaya

1. Sepadukan Antara Binaan dan Taman
Apabila hendak membina landskap, perancangan hendaklah mengambil kira penyepaduan apa jua binaan dan taman dari segi bentuk, skala, warna dan bahan.

2. Pertimbangan Saiz Pokok Apabila Matang
Mengambil kira saiz pokok atau tumbuhan terutamanya tumbuhan yang boleh membesar yang boleh melindungi tingkap, balkoni, pendawaian elektrik, atau pemandangan.

3. Kos pembinaan landskap
Kira dan tetapkan harga setiap bahan, dan kos luar jangka. Berfikir dan berkira kewajaran tentang harga dan kemampuan sendiri.

4. Bina Lorong Laluan Yang Luas
Bina lorong laluan sekurang-kurangnya 1 meter supaya orang dewasa boleh berjalan beriringan. Lebihkan ruang untuk tumbuhan yang merendang. Sediakan ruang untuk meletakkan bangku di sepanjang lorong.

5. Buat Lengkungan
Bentuk lengkungan dan bentuk bebas dapat menarik perhatian. Menjadi amalan kebiasaan menanam pokok tinggi di belakang dan yang rendah di hadapan. Sebagai ganti kelompokkan dan susun tumbuhan mengikut ketinggian dan juga tanam tanaman tutup bumi.

6. Gambarkan Taman Secara Keseluruhan
Rancang pembinaan landskap secara keseluruhan walaupun kita hanya membina sebahagian sahaja pada satu-satu masa. Tanpa pelan keseluruhan, bahagian-bahagian tertentu tidak nampak bersepadu.

7. Bina Jalan Masuk
Landskap bermula di tapak kediaman/bangunan bukan di kawasan kediaman. Binalan elemen seperti pintu pagar, tempat yang redup, pagar kecil, pagar tumbuhan, atau sempadan taman untuk membentuk jalan masuk dari hadapan dan/atau sisi halaman.

8. Pilih Tumbuhan Yang Betul
Pilih tumbuhan taman yang sesuai dengan suhu dan cuaca, keamatan cahaya matahari dan teduhan, jenis tanah dan kelembapan. Wang dan masa dapat dijimatkan, tumbuhan hidup segar, dan kurang memerlukan perhatian, dan dapat mengelakkan tumbuhan menjadi tidak subur dan mati.

9. Ada Kesepaduan Sayur-sayuran dan Tumbuhan-tumbuhan Lain
Tidak perlu kebun sayur berasingan. Lebih menarik jika ada penggabungan tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan landskap termasuk yang berbunga dalam satu kelompok di tengah-tengah kawasan landskap atau laman.

10. Beri Pencahayaan Kepada Taman
Kita tidak perlu tergesa-gesa ke taman sebelum matahari terbenam untuk menikmati keindahan landskap. Berikan pencahayaan untuk keselamatan dan keseronokan pada waktu malam. Beri pencahayaan pada patio, dek, lorong, kolam dan kawasan lain.

11. Halaman Berumput Meredupkan Pemandangan
Rumput memberi kawasan landskap yang cantik, kemas, teduh, dan redup mata memandang. Tanamlah rumput yang tahan dan sesuai dengan suhu, cuaca dan fungsi kawasan yang ditanam rumput.

12. Bentukkan Dasar Landskap Yang Kukuh
Lebih baik menanam tumbuhan pelbagai ketinggian, menanam tumbuhan sempadan, dan menanam dalam bentuk lengkungan. Bina lorong pejalan kaki menghala ke pintu, bukasnnya selari dengan bangunan. Ini membantu landskap lebih menarik.

13. Lebihkan Perhatian Semasa Merancang Pembinaan Siar Kaki
Pastikan bahan-bahan untuk membina laluan siar kaki tidak membahayakan pengguna dari segi jenis bahan, kerataan dan jarak pemasangan. Tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan orang tergelincir dan mencederakan kaki.

14. Lihat dan Fahami Sebelum Membina
Membeli dari nurseri adalah mudah dan cepat. Tetapi ambillah masa untuk menentukan apa yang benar-benar yang diperlukan dalam landskap kita. Dapatkan katalog dan teliti buku-buku mengenai taman sebelum membeli bahan-bahan untuk perlandskapan.

15. Lihat dan Teliti Dari Dalam Rumah Ke arah Kawasan Landskap
Duduk di dapur atau di bilik atau di ruang tamu atau di mana -mana bahagian ruang di rumah dan perhatikan landskap yang bakal dibina. Apakah yang ingin kita lihat? Rancang pemandangan yang ingin dilihat dari dalam rumah atau bangunan

16. Fikirkan jangka Masa Panjang
Sekarang cuaca panas, tetapi adakah ini akan berpanjangan? Apabila pokok-pokok telah besar dan merendang, adakah kita masih dapat cahaya matahari di tempat yang kita hendak? Asas susunan pokok-pokok mestilah melibatkan perubahan kawasan pada masa akan datang.

17. Tonjolkan Keindahan Di bahagian Hadapan.
Jangan sembunyikan keindahan taman dengan membina taman di belakang rumah/bangunan. Rancang untuk membina taman di halaman hadapan dan sisi termasuk bangku, kolam, batas bunga dan dek.

18. Pandang Ke masa Hadapan
Di atas kertas kelihatan sempurna, tetapi setelah setahun idea-idea ini mungkin menimbulkan masalah. Adakah kita akan sentiasa menjaga tanaman landskap? Adakah kita akan mengecat perabot landskap? Reka bentuklah landskap mengikut kemampuan kita untuk menyenggara.

19. Kenal Pasti Masalah Dengan Tepat
Jika rumput di laman atau tumbuhan landskap kurang subur, kenal pasti puncanya terlebih dahulu sebelum bertindak. Perhatikan keadaan tanah, cahaya matahari, siraman, pembajaan, mencantas, serangga perosak dan penyakit. Jika tidak pasti minta bantuan pakar.

20. Tumbuhan Landskap Mesti Dijaga Dengan Betul
Tumbuhan landskap mesti dijaga dengan betul. Elakkan siraman dan pembajaan yang berlebihan. Ada tumbuhan yang mati kerana terlalu dijaga.

21. Ingatlah Kepada Kanak-kanak
Ambil masa semasa merancang landskap dengan mengambil kira keperluan keluarga dan kanak-kanak. Mulakan dengan apa yang diingini dan bersesuaian dengan keperluan ahli keluarga termasuk kanak-kanak (ruang bermain, BBQ, membaca, memerhati burung-burung, dan lain-lain).

22. Pelajari Yang Asas
Kita tidak ingin mendengar tentang masalah tanah atau perparitan apabila melihat batas bunga yang menyubur dan semasa mengadakan jamuan di taman. Pastikan perkara-perkara asas ini diberi perhatian sebelum menikmati keseronokan di taman.

23. Sesuai Dengan Gaya Hidup Pengguna
Reka bentuk landskap hendaklah disesuaikan dengan masa terluang, tenaga dan dan kegemaran pengguna. Jika pengguna menghendaki gaya penyenggaraan yang sedikit, pilihlah bahan dan tumbuhan yang penyenggaraannya sedikit. Jimatkan masa penyenggaraan dengan mengelompokkan mengikut keperluan yang sama.

24. Bina Landskap Sendiri
Jangan teringinkan landskap jiran anda. Mungkin silap jika terlalu meniru. Tanah, lokasi, keadaan dan citarasa berbeza. Landskap adalah sesuatu yang peribadi. Anda akan lebih menikmati landskap sekiranya ia dibuat untuk anda sendiri.

25. Banyakkan Warna
Kebanyakkan kita menanam tumbuhan landskap sepokok sepokok. Warnanya tidak memberi impak kepada landskap. Kelompokkan beberapa jenis pokok dari jenis yang sama untuk menaikkan warnanya. Warna menjadi banyak jika menanam secara berkelompok dari jenis yang berlainan.

LANDSKAP - MEREKABENTUK TAMAN YANG IDEAL

Taman Sebagai Sebahagian DaripadaTempat Tinggal
Kawasan di sekitar rumah merupakan ruang yang berharga yang boleh menambah ruang kehidupan kita dan mendapat keseronokan daripadanya. Taman mempunyai lantai, dinding, perabot, perkakasan, pencahayaan dan tema yang berbeza. Taman juga mempunyai siling yang mungkin dalam bentuk kanopi pokok dan pergola.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu difikirkan dan patut dibuat untuk menjadikan taman yang dibina itu menjadi sebuah taman yang ideal.


1. Merancang Untuk Beristirehat Di Luar Rumah Dalam Ssebuah Taman
Taman seperti rumah boleh dianggap sebagai tempat tinggal. Taman yang ideal bukan sahaja cantik tetapi memenuhi keperluan penggunanya. Bagi sesetengah orang, taman adalah sebuah kawasan yang harmoni. Mereka begitu gembira menggali, menanam, memangkas dan menikmati buah-buahan hasil tanaman mereka yang memenuhi selera dan menyenangkan mata memandang. Bagi sesetengah orang lain pula taman sebagai tempat yang tenang untuk beristirehat, selain tempat/ruang untuk melayan tetamu serta untuk memasak dan menikmati makanan. Bagi kanak-kanak pula taman merupakan tempat untuk bermain sama ada main soro-sorok atau main lompat-lompat. Merekabentuk taman yang dapat memenuhi gaya hidup seseorang dan kelihatan bergaya sambil memuaskan hati merupakan satu cabaran dan satu keseronokan. Oleh kerana itu, semasa merancang untuk merekabentuk dan membina taman perkara-perkara berikut penting untuk diteliti dan diguna pakai:

1. Persekitaran setempat - Rekabentuk dan pembinaan taman hendaklah mengambil kira dengan persekitaran setempat seperti jenis tumbuhan, iklim, jenis tanah, dan lain-lain.

2. Penyesuaian dengan cuaca - Cuaca mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan taman. Cuaca yang ekstrim mempengaruhi ketahanan tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan taman.

3. Personaliti dan gaya hidup - Sesuaikanlah rekabentuk taman dengan personaliti dan gaya hidup penggunanya.

4. Mengubahsuai taman mengikut keperluan - Binalah taman yang dapat diubahsuai pada masa-masa tertentu tanpa menjejaskan ruang dan kawasan sedia ada.


2. Menilai Lokasi/Kawasan Taman
Jika anda hendak mereka bentuk taman atau mereka bentuk semula taman di kawasan sekeliling rumah supaya kelihatan menarik, praktikal dan memenuhi keperluan anda, anda perlu mencari semua maklumat mengenai taman tersebut. Ini termasuklah memastikan ukuran taman, dan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai ciri-ciri fizikal taman tersebut. Gunakanlah kertas, pensel, pita pengukur, dan buatlah sedikit kajian dengan merekodkan segala pemerhatian, dan melukis secara kasar gambaran taman yang dikehendaki. Maklumat-maklumat ini merupakan asas kepada reka bentuk taman yang menarik.
1. Pemandangan yang menarik - Taman yang dibentuk mestilah mempunyai pemandangan yang cantik dari pelbagai sudut. Mungkin berlatar belakangkan padang rumput, bukir bukau, tasik dan lain-lain.

2. Aspek dan kesan - Rekabentuk taman semestinya memberi kesan yang mendalam kepada penggunanya sama ada melalui penglihatan, pendengaran, atau perasaan.

3. Sebagai teduhan - Lebih menarik dan lebih berkesan jika rekabentuk taman mempunyai tempat-tempat berteduh melalui binaan pergola, gazebo atau silara tumbuhan taman.

4. Jenis tanah dan penanaman - Perhatikan dan cari maklumat mengenai jenis tanah di kawasan landskap. Ini akan membantu untuk membuat pemilihan jenis tumbuh-tumbuhan taman yang sesuai dan dapat hidup subur.

5. Dari pemerhatian kepada perancangan berskala - Perhatikan ruang dan kawasan taman secara keseluruhan lalu buat perancangan rekabentuk taman dengan skala yang tertentu dan sesuai. Manusia dan haiwan dijadikan bahan rujukan.

3. Mereka Bentuk Taman Yang Bergaya
Reka bentuk taman yang baik merupakan sesuatu yang ringkas dan memenuhi keperluan sama ada untuk gaya formal, tak formal atau gabungan kedua-duanya. Reka bentuk seharusnya memenuhi keperluan anda, mencerminkan personaliti anda, dan berada dalam keadaan harmoni dengan persekitaran. Sesuatu reka bentuk yang berjaya boleh diperolehi melalui pemerhatian, peraturan-peraturan mudah untuk memanipulasi ruang dan memberikan warna, paten dan tekstur.

1. Gaya taman - Sebaik-baiknya sebuah taman mempunyai gaya, tema dan konsep yang nyata sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna.

2. Bekerja dengan ruang - Taman seharusnya mempunyai ruang yang mencukupi untuk penggunanya bergerak sama ada berjalan, duduk, melompat, bekerja, dan lain-lain.

3. Kesan corak - Corak rekabentuk taman mungkin pelbagai yang dapat memberi gambaran kepelbagaian jenis tumbuhan, cara susunan tumbuhan, dan susun atur pearbot taman.

4. Penggunaan warna - Gunakanlah warna yang berbagai tertapi tersusun untuk meningkatkan seri taman terutamanya kepada warna tumbuh-tumbuhan.

5. Eksploitasi tekstur - Jika boleh eksploitasi tekstur tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan dari segi besar kecil, susunan tinggi rendah, dan panjang pendek agar taman itu seolah-olah semula jadi.


4. Mereka Kerangka Taman
Kerangka taman bukan sahaja melibatkan ukur keliling dan pembahagian dalaman tetapi juga menentukan cara kita bergerak dalam ruang tersebut dan bagaimana kita menyusun atur setiap ruang. Kawasan ini mestilah praktikal dan ada nilai-nilai estetika. Taman sepatutnya mempunyai ruang yang besar/bersesuaian, pemandangan yang indah, udara yang segar, cahaya matahari dan suasana yang selesa. Pilihlah bahan-bahan yang sesuai untuk taman anda supaya kelihatan cantik, bergaya dan praktikal dan tujuan taman dibina.

1. Dinding - Boleh jadi tumbuh-tumbuhan pagaran atau tumbuhan renek yang disusun rapat dan dipangkas pucuknya.

2. Pintu masuk - Binalah pintu masuk atau gerbang ke kawasan taman yang menarik dan bergaya daripada bahan-bahan seperti kayu, batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

3. Siling - Siling taman mungkin dalam bentuk silara/kanopi tumbuh-tumbuhan naungan, pergola dan tumbuhan memanjat di atas para.

4. Lantai - Taman yang menarik mempunyai lantai seperti rumput turf, siar kaki dan batu-batu kecil

5. Aras - Aras tanah yang tinggi rendah lebih menarik jika dibandingkan aras yang mendatar. Bina dan bentuklahlah busut-busut atau bukit-bukit mini untuk menambah nilai taman.

6. Bentuk dan fungsi - Kerangka taman yang hendak dibina mestilah mempunyai fungsi yang dikehendaki oleh pengguna. Taman direkabentuk setelah perbincangan dilakukan antara tuan punya, perekabentuk, dan kontraktor.


5. Hiasan dan Susun Atur Taman
Hiasan dan susun atur taman seharusnya seperti di dalam rumah. Perhiasannya mungkin daripada struktur-struktur yang menarik, gazebo, pancutan air, ataupun pasu terra-cotta. Pencahayaan boleh menambahkan kecantikan taman pada waktu malam.

1. Prinsip-prinsip menghias - Berbincanglah dengan profesional mengenai prinsip-prinsip menghias di taman.

2. Menanam - Tumbuh-tumbuhan taman hendaklah diatur/disusun dan ditanam mengikut prosedur penanaman yang betul supaya ia tumbuh dengan sempurna.

3. Perabot taman - Pemilihan perabut taman disesuaikan dengan konsep taman yang dikehendaki oleh tuan punya atau pengguna taman dan juga keluasan taman.

4. Ciri-ciri khas/istimewa - Buat dan bina ciri-ciri khas taman atau titik tumpu supaya taman lebih kelihatan menyerlah, istimewa, dan berkesan di hati bagi sama ada pengguna lama atau pengguna baru. Ia mungkin air pancut, replika, binaan, kolam dan lain-lain.


6. Konsep Dalam Reka Bentuk Taman Yang Baik
Reka bentuk taman yang baik merupakan hasilan daripada perancangan yang teliti. Taman tidak terjadi begitu sahaja. Ia berkait rapat dengan tempat, kehendak, dan dapat memenuhi keperluan pengguna/keluarga. Taman yang baik juga mempunyai konsep-konsep tertentu. Ia bergantung dengan keinginan dan kehendak pengguna atau tuan punya taman tersebut. Antara konsep-konsep taman adalah:

1. Taman permainan.
2. Taman bukit bukau.
3. Taman rekreasi.
4. Taman bunga warna-warni.
5. Taman oasis
6. Taman air.
7. Taman hutan bandar
8. Taman Bali.
9. Taman BBQ.
10. Taman pemuzik.
11. Taman membaca.
12. Taman kanak-kanan.
13. Taman berjogging, dan lain-lain.

PRINSIP REKA BENTUK LANSKAP


























Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.

1. Keringkasan.
Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.

2.Kesatuan
Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.tu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.

3. Keanekaan
Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahana haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.

4. Penumpuan

Ia bermaksud satu tumpuan atau fokus terhadap sesuatu elemen yang khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap. Penumpuan diwujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik fokus yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri istimewa seperti warna, ketinggian, bentuk, tekstur, bunyi, atau objek/tanaman yang istimewa lagi unik. Penumpuan boleh dilakukan lebih kuat lagi dengan teknik membingkai dan mengarah pemandangan terus kepada titik fokus itu. Penumpuan boleh diberikan kepada spesien tumbuhan yang enarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur binaan, dan sebagainya. Perlandskapan merupakan proses dan usaha manusia untuk memelihara persekitarannya yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk mendapatkan keselesaan, keselamatan, kepuasan, harmoni dan keseronokan. Landskap yang baik terhasil daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua faktor disekelilingnya agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya. Landskap mempunyai beberapa elemen, diantaranya adalah tumbuh-tumbuhan (landskap lembut), struktur binaan (landskap kejur), air, manusia dan rupa bumi. Untuk membina sebuah landskap ia melibatkan beberapa tenaga iaitu diantaranya pemilik landskap, pereka bentuk landskap, arkitek landskap, dan kontraktor landskap.

5. Keseimbangan
Ia bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometrik, simetrikal, dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.


6. Irama
Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingat menurut pandangan mata sesuai dengan irama tertentu. Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur. Pengulangan terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan mata hingga menuju ke titik tertentu.

7. Aturan
Aturan berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari permulaan (gateway). Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk mewujudkan kesinambungan yang teliti dan berterusan. Reka bentuk aturan yang melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah sangat baik. Lebih baik untuk tidak menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujdkan 'sense of surprise'.

8. Skala

Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan perbandingan.



LANDSKAP DAN PENGURUSAN TAMAN

PENGERTIAN SENIBINA LANDSKAP


1. Menurut Laurie (1975):

Senibina Landskap bermaksud:
“Perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam”.

Perancangan membawa erti:
“Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu di urus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat”.

Rekabentuk pula bermaksud:
“Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah di tentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi”.


2. Menurut Hubbard dan Kimball (1917):

Senibina landskap merupakan:
“Seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara”.

3. Menurut Garrett Eckbo (1950),

Senibina landskap merupakan:
“sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan)


SEJARAH AWAL SENIBINA LANDSKAP

Perancangan dan pembangunan landskap bagi tujuan pertanian dan keperluan sosial telah bermula sejak tamadun awal Mesir, China dan Asia Tengah.

Pendekatan perancangan dan pembangunan landskap masa kini adalah dipengaruhi oleh pengalaman, tradisi dan amalan masyarakat kita pada masa lampau.

Cara-cara bagaimana manusia merancang dan membangunkan landskap boleh dilihat sebagai suatu “continuum”.

continuum

“minimum destruction” “maximum destruction”

Gutkind (1952) mengenal pasti 4 peringkat hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya berdasarkan apa yang dikenali sebagai “I-Thou” dan “I-It”.

“I-Thou” bermakna:
hubungan adaptasi manusia dengan alam sekitarnya.

“I-It” bermakna:
hubungan manusia menawan alam sekitarnya.

Empat peringkat hubungan manusia dengan alam sekitarnya:

1. Ketakutan kepada kuasa alam semulajadi serta keinginan untuk selamat. (Masyarakat primitif: memburu, bercucuk tanam serta pergantungan kepada alam sekitar). “I-Thou”

2. Mula wujud perasaan yakin sehingga membawa kepada adaptasi kepada persekitaranya bagi memenuhi keperluan. Peringkat ini juga menyedari limitasi di dalam memanipulasi alam sekitar. (Seni landskap Mesir, sistem pertanian China). “I-Thou”

3. Peringkat “aggression” dan “conquest” yang wujud masa kini. Melibatkan penggunaan teknologi moden. Banyak berlaku eksploitasi dan pembaziran sumber. (Sistem pembinaan lebuhraya) “I-It”

4. Peringkat masa hadapan di mana akan wujudnya perasaan tanggungjawab. Lebih sensitive kepada alam sekitar. (Bukti masa kini: kitar semula, pengunaan minyak tanpa plumbum, “safe the rain forest” dsb).

SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG

Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang senibina landskap sebagai:

“Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan – tukang kebun

Istilah “Arkitek landskap” (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.

Bidang kerja landskap arkitek biasanya mempunyai hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurus taman-taman.


KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP MODEN

1. Perancangan dan penilaian landskap

2. Perancangan tapak

3. Rekabentuk landskap


SEJARAH SENIBINA LANDSKAP

Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab:

1. Perhubungan manusia & persekitaran

2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman-taman masa kini dan masa hadapan

Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan
· fizikal,
· sosial,
· ekonomi

Fakta-fakta fizikal termasuk:

- iklim
- geografi


Fakta-fakta sosial termasuk:

Kepercayaan:

- kepercayaan agama
- kepercayaan tradisi dan amalan
- falsafah dan kesenian

Sejarah dan penyatuan kebudayaan:

-penjajahan
-perdagangan
-peperangan

Fungsi:

-pertahanan/keselamatan
-privacy
-territorialit
-cara hidup, habit & citarasa

Fakta Ekonomi:

-lambang kemewahan

ejarah landskap boleh dibahagikan kepada:

· Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

· Zaman Purba/Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)

· Zaman Pertengahan (476-1350 A.D)

· Zaman Pembaharuan/Kebangkitan (Abad 14-17)

Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

Paleotic – Era Batu Lama (20,000 – 8,000 B.C)

· Manusia zaman ini mula munggunakan alat yang diperbuat daripada batu: kapak, pisau
· Kemahiran mula dipelajari.
· Suku kaum mula terbetuk
· Menyembah “tuhan” untuk kesuburan tanah dan monumen perkuburan dianggap keramat.


Zaman Neolitic- Era Batu Baru (8,000-3,300 B.C)

· Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian.
· Pandai menggunakan api.
· Aktiviti pertanian mula mencorakkan petempatan manusia dalam bentuk kampung & pekan.
· Perkelompokan manusia membawa kepada perkembangan kuasa yang dicerminkan melalui rekabentuk alam binaan.


Era Gangsa (3,500-3,000 B.C)

· Penempatan pekan menjadi bandar.
· Makanan mula diproses untuk disimpan.
· Kebolehan menulis.
· Ilmu kelogaman & tembikar.
· Wujudnya kelompok yang mahir menguasai buruh.


Zaman Purba & Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)
MESIR – “Land of the Pharoas”
(3500 B.C – 500 B.C)
Ciri-ciri:

· Kawasan pertanian yang cukup subur – Sg, Nile (dianggap suci).
· Ugama memainkan peranan yang utama dalam kehidupan masyarakat Mesir.
· Firaun disembah sebagai tuhan
· Upacara keagamaan banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi rekabentuk bangunan & landskap.
· Penggunaan garis lurus (linear) di dalam susunatur ruang luaran merupakan satu ciri utama senibina dan landskap Mesir.
· Taman-taman sering dipagari dan ditanam dengan pokok-pokok yang mempunyai kepentingan dari segi keagamaan seperti lotus, papyrus dan palma.
Cth: Thebes (2000 B.C)
Susunan tanaman berbunga, kolam, trelis, pohon buahan, pavillion dan sistem perairan di susun secara simetri.


The Great Pyramid (2560 B.C)
Kedudukan: 10 km barat daya dari Cairo di kawasan Giza dan di sebelah barat Sg. Nile.

“Sphinx”
· Di bina olek Pharoah Khafre.
· Menyerupai seekor singa berkepala manusia (kepala tersebut merupakan potret beliau).
· Berukuran 20m tinggi dan 73m panjang.
· Berkedudukan di hadapan The Great Piramid.

The Great Piramid
· Berketinggian 137m dan diperbuat daripada batu kapur (limestone) yang berukuran purata 2.5 ton metric setiap satu.
· Di bina hanya menggunakan landas angkat (ramp), roller dan ditarik oleh “ox”.
· Kedudukannya terletak di atas sekeping tanah yang telah diratakan dengan mempunyai ketepatan yang sangat jitu (ralat 2 cm).
· Tapaknya segiempat sama yang hampir sempurna (ralatnya beberapa cm sahaja).
· Pintu masuk adalah disebelah utara menggunakan lorong sempit kearah “Grand Gallery” yang menuju ke “King’s Chamber”. King’s Chamber terletak 42.7 m dari paras tanah.
· Terdapat 2 lagi ruang (chamber) di dalam piramid tersebut.
· Ketiga-tiga piramid yang terdapat di sini membentuk satu kompleks (complex) yang terdiri daripada kuil, piramid kecil (untuk isteri), makam paderi dan orang kenamaan.
· Kompleks ini juga dikenali sebagai “the city of the dead”
· Misteri pembinaanya:


Kenapa dibina?
Kenapa perlu mempunyai ketepatan yang sangat tinggi?


Babylon (600 –538 B.C)
Ciri-ciri:
· Terletak di lembah Euphrates.
· Bermulanya tamadun pertanian.
· Taman direkabentuk untuk memberi kegembiraan.
· Mempunyai sistem saliran yang baik.
· Kolam-kolam berfungsi untuk saliran dan bagi tujuan riadah disebabkan oleh cuaca yang panas.
· Teduhan dicapai melalui penanaman pokok-pokok pada sela yang tertentu.
· Taman-taman dipagari dengan dinding-dinding bagi mengelakan binatang dan penceroboh.
· Bandar-bandar bertembok dan organik.
· Kediaman dari tanah bakar.


Taman Tergantung Babylon (605 B.C)
· Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar untuk isterinya.
· Meliputi kawasan seluas 4 ekar.
· Terdiri daripada teras-teras bertingkat yang ditanam dengan tumbuhan dan dilengkapi dengan saliran.
· Mencapai ketinggian 300 kaki dan memberi pandangan lembah & gurun disekitarnya.


Parsi (Persia) 539 - 331 B.C
Ciri-ciri:
· Berkembang dikawasan antara Mesir dan India.
· Agama mistik.
· Dunia sebagai taman syurga.
· Raja-raja Parsi merekabentuk taman bagi tujuan hiburan, kesihatan & lambang kemewahan.
· Taman mempunyai dinding dan menara.
· Pohon buah-buahan dan bunga-bunga wangi merupakan ciri utama (spt. ros dan violet).
· Mempunyai sistem saliran seolah-olah ia menempatkan tanaman pertanian.
· Cuba meniru apa yang terdapat di dalam syurga menurut kitab-kitab.
· Air banyak digunakan (kolam, air terjun) dan menjadi pengaruh kepada taman Islam kemudiannya.


Yunani/Greek (Greece) 700 - 136 B.C
Ciri-ciri:
· Berdasarkan kepada falsafah logik dan bukan saintifik.
· Tamadun Greek merupakan penyumbang utama kepada tamadun barat dalam bidang-bidang seperti senibina, skulpur dan juga huruf (zaman Plato, Homer)
· Puisi-puisi Greek banyak memperkatakan tentang pokok-pokok, bunga-bungaan dan tanam-tanaman.
· Ketua-ketua & pemimpin-pemimpin memiliki villa & taman-taman.
· Bermulanya perancangan bandar (pengunaan sistem grid –iron)
· “Agora” merupakan kawasan lapang yang terdapat di bandar-bandar di Greece. (Walaubagaimanapun, kawasan lapang ini mempunyai ciri-ciri yang tidak teratur dan seperti kawasan yang tidak digunakan).
· Istana “Alexander the Great” diilhamkan dari idea-idea Parsi dan Mesir.


Bangunan Awam - The Parthenon
“The most perfect monument of ancient art and even in ruins an imposing and soul-stirring object” – Baedeker, 1889

· Dibina untuk Athena Parthenos (dewa pengawal Athens) oleh arkitek yang benama Iktinos.
· Dibina menurut rekabentuk “doric” dengan ukuran 70m panjang dan 30m lebar.
· Tiang-tiang dan rasuk (pediments and entablatures) diperbuat dp marmar, manakala bumbung dp kayu.
· Iktinos memastikan bahawa bangunan ini kelihatan indah menurut perspektif seseorang yang berada dihadapannya.
· Bangunan ini merupakan satu kuil yang menempatkan hasil kerja seni dan skulptur.

Rumah kediaman di zaman Greek
· Kepentingan taman-taman di kawasan kediaman tidak begitu ditonjolkan berbanding kawasan awam seperti agora, gimnasium & teater. Ruang tamu biasanya mempunyai “courtyard” yang diturap serta dihiasi patung-patung dan tanaman dalam pasu.


LANDSKAP MODEN



English nature/ romantic period (1715-1837) Sejarah · Peperangan dengan Perancis; · Kebanyakan penduduk berhijrah ke bandar akibat revolusi industri; Kebudayaan Landskap · Minat kepada nilai estetik tidak formal dp formal; · Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam landskap sebenar (picturesque) · Penekanan kepada landskap semulajadi dan ekologi; · Mulanya pembinaan landskap yang “romantik”; · Penolakan kepada idea landskap geometri Cth: Longleat, Chatsworth, Kew Garden.